Perkataan latin : saeculuum beerti ‘masa’ dan ‘tempat’. Subjek perbincangan humanis, materialis.
Prof Muhammad Naquib Al attas’
“ Sekularisme sebagai suatu fahaman yang membentuk satu corak kehidupan di mana berlakunya pembebasan insan dripada agama dan fahaman-fahaman yang tetap yang menguasai hakikat semesta”. (lihat Al Attas, Memahami Islam, Insan, Ilmu dan Kebudayaan 120-121)
Alan Richardson berkata
“ Sekularisme lazimnya diertikan sebagai satu sikap kecenderungan yang luas di kalangan masyarakat untuk secara mudah menganggap sepi kepada Tuhan dan semua persoalan yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan kerana kesibukan dengan ehwal dunia mereka menjadi sebab mereka tidak sempat duduk dan berfikir hal-hal ukhrawi”.
Ramai di antara kita mengetahui, bahawa kejayaan Eropah pada hari ini disebabkan era Renaissance yang telah memajukan masyarakat Eropah dari zaman gelap. Tetapi apakah yang memicu kepada kebangkitan renaissance ini ? dalam perbahasan seterusnya, akan dibentangkan bagaimana renaissance muncul kemudian diikuti dengan sekularisme, demokrasi dan sistem ekonomi kapitalis.
SEJARAH KELAHIRAN SEKULARISME DI BARAT
- Cengkaman dan penguasaan gereja secara zalim.
- Perkembangan sains dan teknologi.
- Revolusi Perancis 1789.
- Perkembangan neo-falsafah Greek yang lebih bebas dan jauh dari ketuhanan.
Perkembangan neo-falsafah Greek yang lebih bebas dan jauh dari ketuhanan
Pada zaman selepas enlightenment dan reformation, lahirlah beberapa tokoh falsafah neo-greek yang lebih liberal daripada zaman Greek.
Contohnya:
· John Locke
· Leibniz
· Hegal
· Marx
· Homes
· Resseau
Persamaan seruan : Pisahkan gereja dengan pemerintahan.
Pengasas Tokoh Sekular Moden 1 : Hobbes
- Lahir di westport 1588.
- Pendidikan di Oxford pernah tinggal di Belanda sebagai setiausaha duta
- Menulis Leviathan (1651), Philosophical Rudiments concerning Government and Society (1651), Of liberty And Necessity (1654).
- Tidak berpuas hati dengan monarki barat yang mencengkam dan mengongkong rakyat.
- Falsafah Generasi kedua ini tidak lagi berlawan dengan gereja semata-mata kerana reformation dan enlightenment telah lama berakhir.
Kenali Pengasas Tokoh Sekular Moden 2 : John Locke
- Lahir di Wrington pada 1632.
- Belajar di Oxford dan kerap melawat Perancis dan Jermen
- Menulis Two Treatises Of Government (1690)
- Persaingan antara Britain, Perancis dan Belanda terhadap tanah jajahan telah membosankan beliau. Beliau tidak bersetuju teori ekonomi melalui paksaan kerajaan sebaliknya melalui sukarela.Ini untuk mengurangkan jurang antara miskin dan kaya. Maka lahirlah fahaman kapitalisme yang pertama !!
- Menulis fatwa kapitalisme terawal :- Some Considerations of the Consequences of the Lowering Of Interest and Rising The value Of Money ( 1691)
- Falsafah ekonomi liberal ini telah mempengaruhi Smith yang menulis pula An Inquiry into the Nature and causes of the wealth of Nations (1776)- beliau dianggap bapa ekonomi kapitalisme. Namun ideologi ini kemudiannya merasuki KHTI dan bermulalah era penindasan kapitalisme pula.
Human nature seperti dijelaskan oleh John Locke (1632 – 1704); manusia secara semula jadi berada dalam keadaan bebas sepenuhnya untuk melakukan perbuatan mengikut peraturan semula jadi, tanpa memerlukan izin daripada sesiapa(sekiranya diberi pilihan, manusia secara semula jadi akan memilih yang baik). Manusia juga adalah sama taraf. Daripada pemahaman ini maka lahir pemikiran kebebasan (freedom). John Locke menyatakan; manusia yang bebas (liberal) boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. beliau memperkenalkan dua idea liberalisme, kebebasan ekonomi, yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, dan kebebasan hati@beragama.
Natural Law mula dicatatkan oleh Aristotle. Mengikut Natural Law; terdapat peraturan telah ditetapkan oleh alam semula jadi yang sesuai untuk setiap orang dan di mana sahaja. Stoics menyatakan, alam ini diatur dengan fitrah (reason) atau prinsip rasional. Setiap manusia mempunyai fitrah pada diri mereka yang diketahui kemudian dipatuhi. Disebabkan manusia mempunyai pilihan, mereka tidak semestinya mematuhi fitrah tersebut, namun sekiranya dia mematuhinya maka mereka telah mengikuti kehendak alam semula jadi. Natural law juga mengatakan, sekiranya mereka menentang/tidak mengikuti peraturan semula jadi ini, maka kemusnahan & kerosakan akan terjadi. John Locke mengatakan Natural Law ialah peraturan-peraturan daripada Tuhan. Peraturan-peraturan semula jadi ini tidak diketahui sepenuhnya, tetapi melalui pengalaman, ujian dan pemerhatian yang kritikal ia ditemui(discovered). Natural law adalah prinsip yang memandu dalam setiap tindakan manusia dan ia mementingkan faedah/kebaikan oleh kerana manusia sentiasa bertindak berdasarkan apa yang difikirkan memberi faedah kepada mereka. Maka natural law menggariskan prinsip; lakukan yang memberi feadah/kebaikan dan menghindari yang merugikan/buruk.














0 comments:
Post a Comment